Arkib

Statistics

  • Total Stats
    • 3 Authors

Kursus Kepimpinan Manikayu Daerah Johor Bahru

Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu sebagaimana berikut :-

  1. Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 - siri Unit Kanak-Kanak (SK) dan Pengakap Kelana; pada 02 April - 04 April 2010
  2. Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 - siri Unit Pengakap Muda & Pengakap Remaja; pada 23 April - 25 April 2010

Kursus adalah TERBUKA kepada semua GURU-GURU, PEMIMPIN PENGAKAP, PENOLONG PEMIMPIN PENGAKAP dan PEMIMPIN PENGAKAP KELANA.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Penolong Pesuruhjaya Daerah (latihan), En. Afzainizam Bin Ahmad di no 019-7902284.

Surat kebenaran JPN & PPD beserta maklumat lengkap kursus akan dihantar melalui pigeon hole PPD dalam tempoh terdekat.

Walaubagaimanapun pra-pendaftaran penyertaan boleh dibuat terlebih dahulu. Sila dapatkan borang penyertaan MK di web PLDJB.

Borang Pentauliahan Manikayu

Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru mengucapkan Tahniah kepada semua bakal-bakal pemimpin yang telah menyelesaikan siri Kursus Kepimpinan Manikayu.

Borang-borang permohonan pentauliahan Manikayu boleh didapati di bahagian Kutubkhanah untuk Tuan-tuan isikan dan majukan kepada Pengerusi Latihan Daerah untuk direkod dan dimajukan kepada Pengerusi Latihan Negeri Johor dan seterusnya ke PPM.

Proses permohonan pentauliahan Manikayu sebagaimana berikut :-
Pemimpin > PLD > PLN > PPM

Tahniah.

Majlis Pengalungan Manikayu 2010

mk_kalung_bp

Batu Pahat, 17 Januari 2010;  Seramai lebih 50 Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Negeri Johor telah diraikan dalam Majlis Pengalungan Manikayu yang diadakan di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat.

Istiadat pengalungan manikayu telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Kaharudin Bin Momin. Antara VIP yang telah hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim, Pegawai Pendaftar UTHM, Pesurhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tuan Hj Abdul Kader Bin Mohd Nor dan mantan Pesuruhjaya Negeri Johor Tn. Hj Ibrahim Bin Junid.

Majlis pada kali ini amat istimewa kerana selain para VIP dan kenamaan, dif-dif jemputan adalah termasuk suami dan isteri penerima anugerah manikayu. Setelah seringkali merelakan pasangan masing-masing meninggalkan rumah untuk berjuang di landasan pengakap, begitulah hasilnya dapat dilihat oleh pasangan masing-masing.

Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah manikayu dari Johor Bahru khasnya dan daerah-daerah lain dalam negeri Johor amnya. Jutaan terima kasih juga untuk AJK pengelola majlis yang dengan jayanya telah menyediakan upacara majlis yang gilang-gemilang.

.: Bengkel Pentarafan Pengakap Raja 2010 :.

Kursus Kemahiran Pengakap Kelana

Anjuran Pasukan Latihan Negeri Johor :-

  • Tarikh : 22 - 24 Jan 2010
  • Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Senggarang, Batu Pahat.
  • Sasaran : GURU Pemimpin / Pen. Pemimpin Pengakap Remaja
  • Pendaftaran : 22 Jan 2010; Jumaat 15:00
  • Yuran penyertaan : RM 50.00 (termasuk makan & penginapan)

Sila berhubung dengan En. Afzainizam Bin Ahmad PLDJB (019-7902284) untuk maklumat lanjut dan penyertaan.

.: Kem Kemahiran PK @ SK Tiram Duku :.

LDK Simpulan dan ikatan bersama En. Khamaruzaman

LDK Simpulan dan ikatan bersama En. Khamaruzaman

Gelang Patah 7 Jun - Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru sekali lagi telah menganjurkan Kem Kemahiran Pengakap Kelana. Program ini yang berlangsung pada hujung minggu, 05 hingga 07 Jun 2009 di SK Tiram Duku telah banyak membantu kelancaran program kemahiran ini.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif, antaranya peserta dapat mengulagkaji dan bertukar-tukar pendapat tentang ilmu-ilmu kemahiran asas dalam berpengakap. Peserta dapat menerangkan dan mempraktikkan semula kemahiran yang telah dipelajari. Pihak penganjur berharap peserta akan dapat mengajarkan semula kemahiran-kemahiran tersebut dalam kumpulan masing-masing pada masa akan datang.

Antara ilmu kemahiran yang diajarkan ialah :-

  • Kemahiran menyedia dan mencatit buku log
  • Skim lencana Pengakap Kelana
  • Simpulan, ikatan dan asas projek perintis
  • Praktikal latihan kawad kaki

Tenaga pengajar yang terlibat antaranya :-

  • En. Afzainizam Bin Ahmad
  • En. Khamaruzaman Bin Samsudin
  • En. Mohd Khairi Bin Jailani
  • En. Mohd Hafiz Bin Ariffin
Terima kasih kepada SK Tiram Duku, semua peserta, jurulatih dan yag terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program asas seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat pada masa akan datang.

LDK membina projek perintis : buaian

LDK membina projek perintis : buaian

Yaa.. inilah hasilnya

Yaa.. inilah hasilnya