Majlis Pengalungan Manikayu 2010

Batu Pahat, 17 Januari 2010; Seramai lebih 50 Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Negeri Johor telah diraikan dalam Majlis Pengalungan Manikayu yang diadakan di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat.
Istiadat pengalungan manikayu telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Kaharudin Bin Momin. Antara VIP yang telah hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim, Pegawai Pendaftar UTHM, Pesurhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tuan Hj Abdul Kader Bin Mohd Nor dan mantan Pesuruhjaya Negeri Johor Tn. Hj Ibrahim Bin Junid.
Majlis pada kali ini amat istimewa kerana selain para VIP dan kenamaan, dif-dif jemputan adalah termasuk suami dan isteri penerima anugerah manikayu. Setelah seringkali merelakan pasangan masing-masing meninggalkan rumah untuk berjuang di landasan pengakap, begitulah hasilnya dapat dilihat oleh pasangan masing-masing.
Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah manikayu dari Johor Bahru khasnya dan daerah-daerah lain dalam negeri Johor amnya. Jutaan terima kasih juga untuk AJK pengelola majlis yang dengan jayanya telah menyediakan upacara majlis yang gilang-gemilang.
