Arkib

Statistics

  • Total Stats
    • 3 Authors

.: Kepimpinan :.

Pembangunan modal insan bagi seseorang Pemimpin Pengakap diperolehi daripada siri latihan progresif Kepimpinan Dewasa. Untuk mendapatkan tauliah tetap sebagai seorang pemimpin pengakap, beberapa siri kursus kepimpinan perlu dihadiri untuk menyediakan diri seorang Pemimpin dengan ilmu-ilmu kepimpinan yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Kursus tersebut lebih dikenali dengan nama Kursus Kepimpinan Manikayu.

.: Carta Kursus Kepimpinan Manik Kayu :.

PENGENALAN (8jam)

Terbuka kepada SEMUA. Penerangan asas-asas Kepengakapan

PERINGKAT I

Berkhemah 3H2M. Mengikut unit PKK, PM, PR, PK.

PERINGKAT II

Latihan perkhidmatan dalam kumpulan (3 bulan)

PERINGKAT III (Bhg 1)

Berkhemah 3H2M. Mengikut unit PKK, PM, PR, PK

PERINGKAT III (Bhg 2)

Bagi Unit PKK : Berkhemah 3H2M.

Bagi Unit-unit lain : Berkhemah 4H3M

PERINGKAT IV

Penilaian latihan dan perkhidmatan dalam kumpulan (4 bulan)

ANUGERAH MANIK KAYU


.: ORGANISASI KURSUS:.

  1. TUJUAN MENGADAKAN LATIHAN
    1. Mengadakan cara-cara praktik tentang bagaimana hendak menjalankan tugas pemimpin dalam pasukan Pengakap mengikut peraturan yang tertentu.
    2. Menerangkan prinsip bagi tiap-tiap unit Pengakap dan cara-cara hendak mengajari prinsip tersebut kepada muda remaja dengan lebih menarik dan teratur.
    3. Menerangkan tentang cara-cara menyediakan program bagi pasukan dan cara-cara menjalankan perjumpaan sama ada di dalam atau di luar.
    4. Menerangkan tentang aktiviti-aktiviti, permainan, peraduan, dan lawatan yang akan memberikan kemudahan bagi menjalankan latihan dengan cara lebih menarik dan praktik.
    5. Berpeluang untuk bertukar fikiran dan pengalaman.
    6. Mengeratkan dan mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan muhibbah antara ahli-ahli yang berbilang kaum.
  1. TEMPOH KURSUS DAN KELAYAKAN JURULATIH
JENIS KURSUS JUMLAH MASA SESI KELAYAKAN JURULATIH
Kursus Pengenalan 480 minit Penolong Jurulatih atau Jurulatih
Kursus Asas 1950 minit Penolong Jurulatih atau Jurulatih
Kursus Lanjutan 3330 minit Jurulatih sahaja
  1. PENGIKTIRAFAN DAN LAPORAN

Permohonan untuk pengiktirafan sesuatu kursus hendaklah dituju kepada Setiausaha Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia bersama dengan bayaran sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum kursus dijalankan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan. Selepas kursus berakhir laporan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPM dalam masa empat belas (14) hari.

  1. BILANGAN PESERTA

Pengalaman telah menunjukkan bahawa untuk pembelajaran yang paling berkesan perlulah aa penyertaan dengan penuh dalam kursus. Ini boleh dicapai dengan terbaik dalam suasana yang tidak rasmi dan di dalam kumpulan yang cukup kecil untuk membentuk hubungan peribadi serta pertukaran idea, cadangan dan pengalaman. Oleh itu, bilangan peserta yang minima dicadangkan untuk sesuatu kursus adalah tujuh (7) peserta. Adakalanya di kawasan pedalaman, kursus yang terdiri daripada kurang tujuh (7) peserta tidak boleh dielakkan. Dalam kes seperti ini, jika pihak berkenaan merujuk kepada Ibu Pejabat PPM, bantuan boleh diberi untuk menyesuaikan sesi untuk bilangan peserta yang sedikit. Adakalanya, penggabungan kursus unit yang lain juga membawa faedahnya dengan menjimatkan penggunaan perkhidmatan asas.

  1. KEFLESIBELAN

Kursis hendaklah dirancang dengan kefleksibelan untuk memenuhi keperluan peserta-peserta dengan sebaik-baiknya.

Kursus Kepimpinan Manikayu Pemimpin unit ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara :-

a)????? Kursus cuti hujung minggu di kem, asrama atau Ibu Pejabat Pengakap (petang Jumaat hingga petang Ahad).

b)????? 2 (cuti) hujung minggu di kem, asrama atau Ibu Pejabat Pengakap (petang Sabtu hingga petang Ahad).

c)????? Satu siri dua atau tiga perjumpaan malam dan diikuti dengan cuti hujung minggu di kem, asrama atau Ibu Pejabat Pengakap.

Sebenarnya tidak ada satu jadual masa yang tetap bagi menjalankan kursus dan ini boleh diaturkan mengikut penyesuaian tempatan asalkan dapat menyempurnakan sukatan pelajaran dan masa yang diperuntukkan.

  1. TEMPAT

Lokasi kursus hendaklah dipilih dengan baik supaya peserta akan berasa seperti dialuk-alukan dan beristirehat. Kursus boleh, tetapi bukan semestinya berunsur perkhemahan. Jika lokasi kursus adalah berunsur perkhemahan, perkhidmatan dalam bangunan yang diperlukan mesti ada :-

a)????? Bilik untuk kumpulan pembimbing yang tersendiri untuk mengadakan perbincangan.

b)????? Kerusi yang selesa.

c)????? Tempat untuk mempamirkan alatan bantuan mengajar, buku-buku dan lain-lain.

d)????? Meja supaya boleh bekerja.

e)????? Perkhidmatan pembekal makanan.

f)??????? Perkhidmatan tandas dan bilik air.

g)????? Tempat tidur untuk peserta atau orang yang tidak boleh berkhemah.

  1. BAHAN BANTU MENGAJAR

a)????? Carta / lutsinar / OHP / projektor

b)????? Hand outs / Powerpoint

c)????? Flip chart / White board

  1. PERKHIDMATAN PEMBEKAL MAKANAN

Ketua kursus dan pasukannya mesti membuat keputusan sama ada untuk makanan yang disediakan oleh pembekal makanan atau peserta sendiri yang memasak.

  1. YURAN

Perbelanjaan seperti makanan, alatan bantuan mengajar dan lain-lain haruslah diambil kira dalam yuran kursus.

  1. PENTADBIRAN

1.?????? Pasukan latihan hendaklah menetapkan :-