.: Profail :.
- Alamat hubungan / correspondence address
- Matlamat / Mission
- Objektif / Objectives
- Undang-undang kecil PLD
.: Alamat Hubungan :. ScoutsJB Headquarters, No. 46 A, Jalan Padi 1, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
- Email :> headquarters@scoutsjb.net
- website :> http://www.scoutsjb.net
- En Mohd Khairi Bin Jailani (Pesuruhjaya Daerah) Tel : 012-7610010
- En Afzainizam Bin Ahmad (ADC Latihan) Tel : 019-7902284
- .
.: Matlamat :.
“Membina dan meningkat taraf sistem latihan progresif Kepimpinan dan Kemahiran Pengakap melalui latihan dewasa bagi menyediakan Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang unggul berteraskan Persetiaan, Undang-undang dan Prinsip Kepengakapan dalam usaha melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat dan negara”
.: Objektif :.
- Menjalinkan hubungan silaturrahim dan kerjasama yang efisien antara orgranisasi PPM Daerah dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap.
- Menyediakan latihan-latihan Kemahiran dan Kepimpinan bagi membantu Pemimpin-Pemimpin melaksanakan aktiviti Kepengakapan.
- Melahirkan Pemimpin-Pemimpin yang bertanggungjawab, berkualiti dan ditauliahkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Kursus kepimpinan Manik Kayu.
.: Deraf Undang-undang kecil PLDJB :.
1. TUJUAN
Membantu Pesuruhjaya Pengakap Daerah (PD) bagi menjalankan kerja-kerja dalam segala perkara berhubung dengan latihan dalam daerah.
2. AHLI
2.1 Semua pemegang Sijil Kehormat dan Penolong Jurulatih yang tinggal dalam daerah dan mereka juga memegang tauliah sebagai Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Ibu Pejabat dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri.
2.2 Sekiranya berpindah ke negeri/ daerah lain, maka bertanggungjawablah dia (ahli tersebut) melaporkan dirinya kepada PLD yang berkenaan dan menawarkan perkhidmatannya kepada daerah itu.
3. KERJA-KERJANYA
3.1 Menjalankan jenis-jenis kursus tertentu di peringkat daerah bagi bintang-bintang kepandaian dan kursus khas untuk pengakap.
3.2 Menjalankan Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat I, II dan III dan kursus-kursus khas menurut panduan yang disahkan oleh PLNJ.
3.3 Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Daerah.
3.4 Menjalankan atau membantu melaksanakan aktiviti yang diarahkan oleh PLN.
3.5 Melantik pembimbing dalam peringkat daerah.
3.6 Bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Lencana Daerah, melantik penguji-penguji, menguruskan pengeluaran, pembelian lencana dan sijil-sijil sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 138(4) Dasar Pertubuhan Peraturan.
3.7 Mengesyorkan pindaan-pindaan atau perubahan kepada undang-undang ini di mana pindaan atau percubaan itu difikirkan mustahak.
4. PERLANTIKAN
4.1 Hendaklah ada seorang Pengerusi PLD daripada seorang warganegara Malaysia dan dia adalah juga seorang Jurulatih/ Penolong Jurulatih yang dilantik oleh PD dan memegang tauliah sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah bahagian latihan.
4.2 Sekiranya daerah tersebut tiada Jurulatih atau Penolong Jurulatih maka Jawatan Pengerusi Pesuruhjaya Daerah yang memiliki Manikayu dan berpengalaman atau dengan budi bicaranya melantik sesiapa yang difikirkan layak.
4.3 Adalah bertanggungjawab kepada PD dan menjalankan tugas dan kerja-kerja latihan daerah serta menjadi Pengerusi bagi semua mesyuarat PLD.
5. MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PLD
5.1 Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PLD hendaklah diadakan tidak lewat 31 Januari.
5.2 Semasa mesyuarat ini, Jawatankuasa Kerja PLD hendaklah memberikan laporan kerja PLD.
5.3 Membentangkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
5.4 Membentang dan meluluskan Penyata Kira-Kira Kewangan PLD.
5.5 Hendaklah memilih sekurang-kurangnya 10 orang ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada :
5.5.1 Pengerusi PLD - dilantik
5.5.2 Penolong Pesuruhjaya Daerah unit PKK - dilantik
5.5.3 Penolong Pesuruhjaya Daerah unit PM - dilantik
5.5.4 Penolong Pesuruhjaya Daerah unit PR - dilantik
5.5.5 Penolong Pesuruhjaya Daerah unit P Kelana - dilantik
5.5.6 hingga 5.5.10 adalah dipilih dari mesyuarat Agung Tahunan.
Jawatan Setiausaha dan jawatan lain bagi mana-mana jawatan yang perlu boleh dilantik oleh Pengerusi PLD di antara 5 orang yang terpilih dari Mesyuarat Agung Tahunan itu.
6. NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN DAN KORAM
Minit mesyuarat Agung Dwi Tahunan hendaklah diedarkan kepada semua ahli dan ahli-ahli rasmi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut. Sekurang-kurangnya satu pertiga ahli PLD hadir akan mencukupi korum untuk memulakan mesyuarat.
7. AHLI-AHLI RASMI
Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pengerusi PLD yang bukan Pengerusi PLD adalah menjadi ahli-ahli rasmi dan berhak menghadiri semua mesyuaratnya.
8. AHLI-AHLINYA
Akan mengandungi ahli-ahli tersebut dalam Undang-Undang 5.5.
9. KERJA-KERJANYA
9.1 Menjalankan kerja-kerja bagi PLD.
9.2 Menyediakan jadual kerja-kerja tahunan.
9.3 Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan.
9.4 Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan latihan tahunan bagi tahunan hadapan kepada Bendahari Kehormat, Majlis Pengakap Daerah tidak lewat daripada bulan Ogos tiap-tiap tahun.
9.5 Mengesyorkan pemegang-pemegang manikayu yang layak kepada Pengerusi PLN untuk menghadiri kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan dan Jurulatih Antarabangsa
9.6 Mencalonkan ahli-ahli PLD yang memegang manikayu kepada Pengerusi PLN untuk menghadiri Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan dan Jurulatih Antarabangsa.
9.7 Membuat syor kepada PD bagi pencalonan penganugerahan sijil dan pingat untuk ahli PLD.
10. MESYUARAT-MESYUARAT
Jawatankuasa PLD hendaklah bermesyuarat bila-bila masa yang dikehendaki sekurang-kurangnya sekali setiap 3 bulan.
11. MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua ahli dan ahli-ahli rasmi dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu mesyuarat itu dan sebelum mesyuarat akan datang. Satu salinan minit mesyuarat hendaklah dihantar kepada Setiausaha PLN.
12. MAJLIS MESYUARAT DAERAH
Pengerusi PLD (yang bukan dari kalangan PLD) iaitu Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah bahagian latihan) adalah ahli rasmi dalam mesyuarat Pengakap Daerah dan akan hadir dalam mesyuarat-mesyuaratnya.
13. AM
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda dengan tiada mendapat pengesahan terlebih dahulu oleh pengerusi PLN dan disahkan oleh PD.
