
25 April 2010; di SMK Taman Universiti, Skudai Johor Bahru. Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Kepimpinan Manikayu bagi peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 .
Kursus anjuran Pasukan Latihan Daerah, PPM JB dengan kerjasama Pasukan Latihan Negeri Johor, PPDJB, PPDPG dan PPD Pendidikan Khas telah berjaya mengumpulkan seramai 93 peserta kursus yang terdiri daripada guru-guru dari pendidikan kurikulum biasa dan juga pendidikan khas.
Peserta memberikan kerjasama dan respon yang positif disepanjang kursus telah menjadikan suasana pembelajaran dan pengajaran semakin ceria, berkesan dan positif. Sesi yang disampaikan telah berjaya membuka minda guru-guru pemimpin tentang pergerakan kepengakapan yang sebenarnya terutamanya bagi guru-guru yang kebanyakan adalah guru yang baru dilantik untuk memimpin pergerakan pengakap di sekolah masing-masing.
Terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Taman Universiti, yang telah membenarkan PLDJB menggunakan premis sekolah tersebut bagi menjayakan kursus ini. Jasa Puan kami sanjung tinggi.
Terima kasih dan tahniah kepada Ketua-ketua kursus, Jurulatih-jurulatih, Penolong-penolong jurulatih, Pembimbing, Urusetia dan PESERTA kursus kerana telah menjayakan kursus dengan cemerlang. Jumpa anda semua pada kursus Manikayu yang seterusnya iaitu Kursus MK Peringkat 3(1) yang akan diadakan pada bulan Mei akan datang.
Bagi semua bakap-bakal Pemimpin, diharapkan ilmu yang ditimba dalam kursus ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan memimpin ahli-ahli pengakap dengan jayanya. Diharapkan bakal-bakal Pemimpin dapat meneruskan siri kursus MK 3(1) dan 3(2), dan Penilaian untuk melayakkan tuan-tuan & puan-puan dianugerahkan dengan Anugerah Manikayu. Kami berbesar hati untuk berjumpa dengan anda SEMUA pada Majlis Konvokesyen Anugerah Manikayu Negeri Johor nanti. Hail SCOUTSJB.
Terima kasih & Tahniah.
-Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru-